Konsert Konsert M. Nasir... Kembara

M Nasir mengumumkan konsert jelajahnya dalam satu sidang media yang diadakan pada 7 Mei 2015 di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal, Damansara,[7] yang mana ia diadakan bagi menghargai peminat di luar Kuala Lumpur sempena 40 tahun penglibatannya dalam bidang seni.[3] Konsert jelajah M. Nasir... Kembara mewakili Zon Timur, Selatan, Utara dan Sentral di empat lokasi berbeza dengan penajaan daripada Celcom dan Perodua. Konsert pertama bermula pada 24 Mei di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Konsert jelajah kedua kemudian diadakan Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Darul Takzim pada 13 Jun; diikuti oleh Dewan Milenium Kepala Batas, Pulau Pinang pada 5 September dan konsert terakhir berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 7 November.[8][9] Spider, Fynn Jamal dan Pitahati tampil sebagai penyanyi jemputan untuk siri jelajah.[3] Ia turut dihadiri oleh penyair tempatan, Marsli No yang mendeklamasikan sajak bertajuk Kembara diikuti oleh persembahan silat.[10] Konsert ini menandakan kali pertama M. Nasir mengadakan konsert jelajah sepanjang kerjaya solo beliau.[11]

Rujukan

WikiPedia: Konsert M. Nasir... Kembara http://www.hmetro.com.my/node/73694 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/m-nasir... http://www.utusan.com.my/hiburan/seniman-8232-tak-... http://www.utusan.com.my/hiburan/siapa-kata-saya-e... http://www.utusan.com.my/hiburan/sifu-kekal-berbis... https://artismeletop.blogspot.com/2015/10/diskaun-... https://praharaseni.blogspot.com/2015/05/konsert-m... https://praharaseni.blogspot.com/2015/11/pesta-kem... https://origin.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2015...